KEBERANIANNYA mengkritik berbagai kebijakan negara-negara Barat membuat Mahathir Mohamad dijuluki ‘Soekarno kecil’. Tokoh Malaysia bernama lengkap Mahathir bin Mohamad berusia 97 tahun yang menjabat sebagai perdana menteri pada 1981-2003 dan kembali terpilih untuk kedua kalinya pada 2018 hingga 2020 itu menyampaikan sejumlah pesan penting terkait pemimpin yang tepat memimpin Indonesia.
Pemilik nama pena Che Det tersebut memberikan kuliah umum dalam Rapat Kerja Nasional Partai NasDem bertajuk Restorasi: Meneguhkan Politik Kebangsaan di Jakarta Convention Center, kemarin. Mahathir menyampaikannya dalam bahasa Melayu, tetapi dia yakin sebagai warga serumpun pasti paham. Berikut isi pidatonya.
Pertamanya, saya ingin ucap terima kasih kerana menjemput saya sebagai narasumber kuliah umum di Rapat Kerja Nasional buat Partai NasDem. Ini adalah satu penghormatan bagi saya dan saya berharap apa yang saya kongsikan dengan para hadirin dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan dan panduan.
Terlebih dahulu saya juga sedar bahawa mungkin antara perkataan yang saya guna agak janggal dan juga lucu pada pendengaran Saudara-Saudari. Tetapi perbedaan ini saya pasti tidak besar kerana seperti hadirin semua tahu bahawa asasnya bahasa, budaya, adat resam, dan nilai-nilai kita berasal dari rumpun yang sama tatkala keseluruhan bumi Indonesia dan Malaysia terbentang sebagai satu Nusantara yang tidak terbahagi oleh sempadan-sempadan yang hari ini kita kenali sebagai negara bangsa.
Saya diminta untuk berkongsi pandangan berkait tema Kepimpinan Nasional dan Kemajuan Negara. Saya bukanlah seorang pakar atau ahli akademik untuk membincang teori-teori sains politik yang berkait dengan tema tersebut.
Apa yang mampu saya kongsi adalah pengalaman terkumpul saya selama hampir suku abad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga pemerhatian-pemerhatian terhadap pemimpin-pemimpin luar negara dalam tempoh tersebut sehingga ke hari ini.